Sila baca sebelum kamu tersesat belajar tanjak
Agak banyak video pembuatan tanjak yang ada di internet sekarang. Sayangnya terlampau ramai mereka yang tidak tahu membezakan cara pembuatan yang betul atau jenis rekaan peribadi kemudia mereka terus ikut cara video tersebut. Sedangkan keseluruhan yang dalam video adalah salah .
Bagaimana hendak kenal cara pembuatan tanjak yang salah?
Mula-mula kita perlu faham cara pembuatan tanjak Melayu yang sebenar. Tanjak Melayu mempunyai adab dan adat. Kalau kita tidak hormat adat Melayu ini jelas bermaksud kita biadap terhadap bangsa sendiri.
Cara pembuatan yang sebenar.
- Langkah pertama pembuatan tanjak ialah wajib membuat tapak dan bengkung ,
- Buat simpul
- Yang paling akhir barulah dikemaski membuat bahagian solekan iaitu bahagian hiasan paling atas.
Bahagian solekan ialah bahagian paling akhir pembuatan tanjak iaitu bahagian paling atas kepala. Kebanyakan dalam video jelas salah dan adalah rekaan peribadi dan bukan warisan nenek moyang kita kerana mereka telah membuat lipatan bahagian solekan dahulu sebelum membuat simpul.
Sepatutnya solekan dibuat paling akhir dan bukan sebelum diikat simpul.
- Tapak Bengkung melambangkan pegangan.
- Simpul melambangkan keturunan dan perkahwinan yang sah
- Solek melambangkan daerah, negeri, kerajaan dibawah sultan atau raja Melayu
Paling berat apabila memakai simpul anak haram
Bahagian simpul haruslah betul kerana melambangkan perkahwinan yang sah lalu mendapat zuriat. Sebab itu simbul melambangkan keturunan. Jika simpul salah ia melambangkan ANAK HARAM. Sebab itu bahagian simpul tidak boleh dibuat sebarangan.
Zaman sekarang ni sultan dan orang istana pun ramai pakai simpul anak haram.
Zaman sekarang semua mengaku benar walaupun mereka sendiri. Jauhilah dari golongan munafik. Selamatkan diri anda dari kesesatan.
Jika tidak tahu membezakan mana sumber yang betul maka elok dijauhkan. Kalau ikut ilmu yang salah hanya akan mengundang perkara memalukan dan kesesatan.
Belajarlah dari sumber yang benar.
Perlu ingat siapa yang bertanggungjawab menyesatkan anak dan generasi Melayu akan datang supaya susah untuk mengenal jati diri bangsa sendiri?
Perlu ingat siapa yang bertanggungjawab menyesatkan anak dan generasi Melayu akan datang supaya susah untuk mengenal jati diri bangsa sendiri?
Comments
Post a Comment