Skip to main content

Adat dan Adat Istiadat Adalah Dua Perkara Yang Berbeza

ADAT dan ADAT ISTIADAT.
Ramai yang masih keliru mengenai dua perkara ini. Bunyi hampir sama tetapi tidak sama. Saya ambil rujukan terbaik yang pernah saya jumpa sebagai penerangan iaitu dari buku Destar Alam Melayu. 


PERBEZAAN PENGGUNAAN DALAM ADAT DAN ADAT-ISTIADAT


Adat Dan Adat Istiadat adalah perkara yang berbeza.


ADAT

Peraturan yang lazim diamalkan oleh masyarakat Melayu lama dahulu hingga menjadi cara hidup, maka diangkat menjadi adat.

Contoh: Pasang Pelita Menjelang Hari Raya, Adat perkahwinan seperti merisik, meminang, bertunang, Malam Berinai, Adat batu nisan.


ADAT-ISTIADAT

Adat-istiadat ialah protokol, peraturan, upacara dalam sesuatu majlis. Ia boleh mengubah adat sedia ada, mengikut kesesuaian dan sesuatu tujuan seperti untuk memudahkan membezakan taraf dan pangkat seperti Sultan, pembesar dan rakyat dalam sesuatu majlis. Kedudukan posisi simpul kain, bilangan jinjang, tebal bengkung dan bahagian tanjak juga boleh diubah untuk kegunaan sesuatu majlis. Apa yang digunakan dalam adat-istiadat hanya diamalkan dalam sesuatu majlis dan bukan harian. Sebab itu apa yang diamalkan dalam adat-istiadat seperti upacara di istana tidak sesuai digunakan sebagai adat harian. Setiap negeri pula mempunyai adat-istiadat yang berbeza. Setiap zaman juga mempunyai perbezaan adat-istiadat.

Contoh Adat-Istiadat: Pertabalan Sultan, Pertabalan Yang di-Pertuan Agong, Pemasyhuran Raja Muda.

Contoh Perubahan Bentuk Tanjak Dalam Adat-Istiadat: simpul kanan ditukar menjadi kiri, bengkung tunggal ditukar menjadi jenjang, ada pucuk ditukar menjadi tiada pucuk.

Peribahasa Melayu lama juga pernah menerangkan mengenai adat istiadat.
- Semalam di bawah nyiur pinang orang, kata orang diturut.
- Di mana ranting dipatah, di situ air disauk.
- Di mana bumi dipijak, di sana langit dijunjung.

Tiga peribahasa Melayu diatas menerangkan bahawa hendaklah menurut adat-istiadat di negeri yang kita tumpangi.

Setiap negeri mempunyai adat-istiadat yang berbeza. Kita harus menghormati adat-istiadat setempat.


KESIMPULAN

Dalam menyatakan perihal adat dan adat-istiadat ini, suatu kefahaman adalah diperlukan bagi mengelakkan penggunaan tanjak yang tidak kena atau berlawanan dengan majlis atau sebaliknya. Untuk itu, setiap pengarang dan pemakai tanjak harus mengetahui perkara ini. Jika tidak, pemakaian tanjak akan kelihatan canggung dan menandakan seseorang itu tidak memahami perbezaan adat dengan adat-istiadat.

Sumber dari buku Destar Alam Melayu











Penerangan Tambahan dari https://destarmelayu.blogspot.com



Ramai yang keliru suka mengambil sumber pemakaian dari istana untuk dijadikan pakaian adat harian. Sedangkan apa yang berlaku di istana adalah bukan adat tetapi adat istiadat. Adat istiadat juga berbeza setiap negeri.

Saya beri contoh untuk mudah faham, Sila lihat gambarajah dibawah:-


Penerangan yang lain lebih baik baca dari sumber yang diatas

Adat juga telah wujud sebelum istana wujud. Sebab itu semua bangsa mempunyai adat sendiri termasuk orang asli dan seluruh negara luar. Afrika, Red Indian, orang asli Papua New Guinea, Jepun, orang asli Amazon jenis makan manusia, Jepun, China, Korea, Arab dan semua negara mempunyai adat sendiri.  Ada juga tempat yang mempunyai penduduk seperti orang asli tidak mempunyai istana tetap mempunyai adat. Didalam kamus bahasa Melayu, termasuk Dewan Bahasa Dan Pustaka juga telah menjelaskan perbezaan maksud ADAT dan ADAT ISTIADAT.

Yang sibuk sangat nak pakai cara istana untuk adat harian itu untuk apa? Harian bukannya sesuatu majlis. Sesuatu majlis pula hanya berlaku di sesuatu tempat dan bukan semua tempat.


Asal Usul Perkataan Adat Istiadat

Asal usul ADAT ISTIADAT ialah dari perkataan ISTIADAT sahaja. Apabila dalam istiadat mengambil adat untuk menampakkan identiti dan kesesuaian dalam negeri contoh pakaian, destar, keris dan banyak lagi dimasukkan dalam peraturan sesuatu majlis seperti pertabalan sultan dan majlis dalam istana, maka jadilah ADAT ISTIADAT hasil gabungan ADAT dan ISTIADAT . Cuma dalam adat istiadat banyak mengubah adat untuk membezakan siapa taraf lebih tinggi dan rendah.

Ilmu Dan Waris Ilmu

Mengenai ilmu yang diwariskan, janganlah fikir ilmu itu diwarisi secara automatik dari anak yang dilahirkan oleh ibu . Ilmu tidak diwarisi melalui DNA. Kalau ilmu diwarisi melalui DNA , jika bapanya seorang doktor maka tentulah anaknya juga akan jadi doktor tanpa perlu belajar. Sejak akhir-akhir ini saya jumpa ramai yang suka jual nama keturunan untuk menunjukkan dia pandai sedangkan sudah buat salah tetapi ego tidak mahu mengaku. Jika mahu jadi pandai wajib kena belajar bukan jual cerita guna nama istana atau keturunan.

Comments

Popular posts from this blog

Ulasan Semua Jenis Buku Destar, Tanjak, Tengkolok Yang ada Dipasaran.

ULASAN SEMUA BUKU BUKU 1 TAJUK BUKU: Destar Warisan Malaysia: Koleksi Terpilih by Wan Yahaya Abdullah P ada mulanya saya amat menghormati dan pandang tinggi terhadap buku ini kerana  Penerbit/Publisher:  JABATAN MUZIUM MALAYSIA. Selalunya apabila baca nama  JABATAN MUZIUM MALAYSIA terus ramai pihak akan pandang tinggi. Lagipun nama Wan Yahaya Abdullah adalah nama besar pada sekitar tahun 2000 dalam bidang tanjak. Saya sendiri pernah berjumpa dan belajar bawah tunjuk ajarnya dulu bersama rakan-rakan saya dari Perlis semasa membuat kajian. Setel ah beberapa kali membaca dan meniliti kandungan buku ini, terus terang saya rasa amat kecewa kerana sedar mempunyai banyak kesilapan besar. Semua kesilapan besar ini telah menjad i rujukan semua pembeli. Kerana banyak persoalan yang bermain dalam fikiran saya ketika itu dan disebabkan saya amat mengenali kemampuan arwah yang sebenar maka saya ada tanya beberapa pihak termasuk mereka dari pihak  JABATAN MUZIUM MALAYSIA sen

Maksud Indera Kayangan

Tahukah Di Perlis tanjak Putera kayangan dan nama negeri Indera Kayangan telah dihapuskan? Cuba baca apa saya tulis dan fahamkan Kota Kayang adalah merupakan Kota Indera Kayangan yang di bina pada zaman pemerintahan Sultan Kedah ke 15 iaitu Sultan Dhiauddin Al-Mukarram Syah I yang memerintah antara tahun 1661-1687. Kota ini dikatakan sebuah kota yang tidak dapat dilihat kerana dilindungi oleh Bukit Papan, Bukit Kubu, Bukit Toh Poh, Bukit Lambung Panah, Bukit Nasi Sebungkus, Bukit Besi Hangit, Bukit Lagi dan Gunung Medan zaman itu. Di sinilah Sultan Kedah ke-15, Sultan Dhiauddin Mukarram Shah membina Kota Indera Kayangan sebagai pusat pemerintahan yang tersembunyi dan hanya boleh dilihat dari tempat tinggi ketika itu kerana ditutupi banyak bukit dan pokok. Disebabkan hanya boleh dilihat dari tempat tinggi maka digelar Kota Indera Kayangan. Kayangan juga bermaksud tempat tinggi. Indera pula bermaksud deria yang boleh kita lihat dan rasa. Sayangnya banyak tokoh agama Perlis dan pa