Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2020

Tanjak Sultan Pahang Lama

Gambar Sultan Abdullah Al-Mu’tasim Billah Shah ibni Al-Marhum Sultan Ahmad Mua’azzam Shah   Gambar Sekitar tahun 1917-1919 Gambar tanjak ini juga boleh dilihat dalam gambar kulit buku Destar Alam Melayu (Edisi Terhad) berwarna biru. Saya beli buku ini dengan harga RM300 di Perlis, kemudian baru saya tahu harga sebenar cuma RM200. naik CEMUIH, rupanya kena markup RM100. Nasib baik buku tebal berat kualiti tinggi kalau ikut hati rasa macam nak menjerit maki penjual. Bagi pendapat saya buku ni memang patut harga RM300 sebab gambar penuh warna dan kulit tebal.. Saya akan membuat ulasan mengenai buku biru ini tidak lama lagi. Tunggu saya baca beberapa kali dahulu sebelum membuat ulasan.  Kembali kepada tajuk asal TANJAK SULTAN PAHANG LAMA, saya sebenarnya dulu ada pergi majlis Pelancaran Biografi Sukan " Al Sultan Abdullah Raja Sukan Berjiwa Rakyat" di Hotel Shang-Ri La Kuala Lumpur. Ketika itu saya berjumpa dengan beberapa rakan dari Pahang. Mereka juga peminat destar dan keris.