ULASAN SEMUA BUKU
BUKU 1
TAJUK BUKU:
Destar Warisan Malaysia: Koleksi Terpilih
by Wan Yahaya Abdullah
Pada mulanya saya amat menghormati dan pandang tinggi terhadap buku ini kerana Penerbit/Publisher: JABATAN MUZIUM MALAYSIA.
Selalunya apabila baca nama JABATAN MUZIUM MALAYSIA terus ramai pihak akan pandang tinggi. Lagipun nama Wan Yahaya Abdullah adalah nama besar pada sekitar tahun 2000 dalam bidang tanjak. Saya sendiri pernah berjumpa dan belajar bawah tunjuk ajarnya dulu bersama rakan-rakan saya dari Perlis semasa membuat kajian.
Setelah beberapa kali membaca dan meniliti kandungan buku ini, terus terang saya rasa amat kecewa kerana sedar mempunyai banyak kesilapan besar. Semua kesilapan besar ini telah menjadi rujukan semua pembeli. Kerana banyak persoalan yang bermain dalam fikiran saya ketika itu dan disebabkan saya amat mengenali kemampuan arwah yang sebenar maka saya ada tanya beberapa pihak termasuk mereka dari pihak JABATAN MUZIUM MALAYSIA sendiri, saya dapat maklumat bahawa Wan Yahaya Abdullah telah meninggal dunia 6 bulan sebelum buku ini dikeluarkan. Maka menjadi tanda tanya siapa sebenar yang membuat buku ini dan menyemak semula kandungan sebelum ia dikeluarkan untuk mengelakkan kesalahan besar berlaku? Siapa pula yang membetulkan bentuk tanjak sebelum gambar diambil?
Cuba lihat gambar dibawah dan buat perbandingan
TANJAK BALONG AYAM - PERAK
Sila bandingkan dengan gambar lama antara bentuk tanjak dalam buku ini dengan gambar lama yang mempunyai bentuk asal. Jelas akan nampak 70% tidak sama dengan bentuk asal. Terlampau lari dari bentuk asalnya.
TANJAK PUCUK PISANG PATAH - PERAK
Sila bandingkan dengan gambar lama antara bentuk tanjak dalam buku ini dengan gambar lama yang mempunyai bentuk asal. Jelas akan nampak 80% tidak sama dengan bentuk asal. Terlampau lari dari bentuk asalnya.
TANJAK AYAM PATAH KEPAK - PERAK
Sila bandingkan dengan gambar lama antara bentuk tanjak dalam buku ini dengan gambar lama yang mempunyai bentuk asal. Memang tidak sama langsung dengan bentuk asal. Ini bukan AYAM PATAH KEPAK tetapi AYAM MATI PENYEK KENA LANGGAR LORI.
DESTAR LANG MENYOSONG ANGIN - PERAK
Sila bandingkan dengan gambar lama untuk lihat bentuk asalnya dan bandingkan sendiri. memang tidak sama langsung. Apa yang ditulis dalam buku ialah Destar Lang Menyongsong Angin adalah satu reka bentuk yang amat unik yang mengambarkan seekor helang yang sedang terbang melawan angin. Bentuk tengkolok ini yang diperbuat dengan songket berwarnma hitam bersulam benang perak pernah dipakai oleh D.Y.T.M. Raja Di Hilir Perak. Menjadi persoalan bila lihat gambar tanjak bentuk asal D.Y.T.M Raja Di Hilir Perak tidak sama langsung dengan bentuk dalam gambar dalam buku ini.
TANJAK PARI MUDIK - SELANGOR
Sila bandingkan dengan gambar lama antara bentuk tanjak dalam buku ini dengan gambar lama yang mempunyai bentuk asal. Jelas terbalik posisi depan belakang. Tanjak ini asalnya dipakai oleh Abu Bakar bin Baginda Bendang. Beliau adalah adalah mantan Menteri Besar Selangor (1959-1964)
TANJAK GETAM BUDU - PAHANG
Dalam buku ini mengatakan Destar ini adalah pakaian hulu untuk Orang-Orang Besar di istana Negeri Pahang pada satu masa dahulu. Bentuk destar ini menutup seluruh bahagian kepada pemakai yang membawa maksud makna menyimpan segala rahsia raja. Warna hijau adalah warna yang dikhaskan untuk Datuk-Datuk dan Orang-Orang Besar Bergelar. Apa yang saya tahu Dato'-Dato' dan Orang-Orang Besar Bergelar di Istana Pahang dulu memakai Getam Sedaun/Getam Sehelai Daun dan bukan Getam Budu. Getam Budu dipakai oleh pihak dari Istana Kelantan.Bentuk dalam gambar ini juga adalah bentuk Getam Sedaun dan bukan gambar Getam Budu. Getam adalah bukan tanjak. Bentuk Getam menutup kepala bahagian atas. Maksud getam ialah bekas penutup. Tanjak pula mempunyai lubang bahagian atas kepala tidak sama getam yang menutupi kepala.Anehnya gambarnya sudah betul bentuk getam Sedaun tetapi mengapa ditulis sebagai Getam Budu?
TANJAK DAGANG SAKIT DI RANTAU - TERENGGANU
Crop gambar pun tak betul, dah hilang bentuk asal sebab tidak cukup bahagian penting. Sila lihat gambar
DESTAR GETAM BUDU - KELANTANMaklumat yang dutulis dalam buku ini ialah DESTAR KETAM BUDU
Astagfirullahalazim, adakah patut dalam buku ni kata pakai KETAM atas kepala. tahukah anda GETAM bermaksud Penutup Kepala dan KETAM itu seperti gambar dibawah.
Terus terang boleh dikatakan hampir seluruh gambar destar dalam buku ini adalah salah dari segi bentuk jika dibandingkan dengan gambar lama. Kalau salah sikit tu boleh dimaafkan tetapi memang salah tak serupa langsung dengan gambar lama. Belum lagi dicampur dengan kesalahan maklumat. Saya terpaksa mengalah untuk terangkan semua kesalahan yang ada dalam buku ini sebab banyak sangat. Untuk kebaikan semua untuk maklumat tanjak negeri Sembilan, Terengganu, Pahang, Johor, kedah dan semua negeri tolong rujuk gambar lama pada pihak yang pakar membuatnya atau pergi muzium besar negeri dan tanya gambar lama dari staff muzium yang pakar.
kalau tanya pendapat saya mengenai kualiti buku ini saya hanya mampu berkata siapa yang sudah baca mungkin sudah tersesat jalan jauh kerana percaya semuanya bulat-bulat sebab ia dikeluarkan oleh JABATAN MUZIUM NEGARA. Oleh itu buku ini sepatutnya dihentikan jualan kerana hanya menyesatkan pembaca. Siapa yang sudah beli sila bandingkan sendiri dengan gambar lama dengan teliti, anda pasti akan nampak kesalahan berat dalam buku ini.
terus terang saya mengatakan tahap buku ini sangat teruk dan jangan beli
JABATAN MUZIUM NEGARA sepatutnya menyelamatkan warisan Melayu juga menyebarkan maklumat yang betul dan bukan merosakkan dan menyebarkan ajaran sesat atau maklumat yang salah.
JABATAN MUZIUM NEGARA sepatutnya menyelamatkan warisan Melayu juga menyebarkan maklumat yang betul dan bukan merosakkan dan menyebarkan ajaran sesat atau maklumat yang salah.
BUKU 2
TAJUK BUKU:
Sejarah Dan Martabat Tengkolok Dalam Etika Pemakaian Busana Kebudayaan Institusi Keistanaan Melayu Perak
by Muhamad Adha@Ku Alam
Saya ulas sedikit dahulu setelah dua baca buku ini. Jenis tulisan yang dipilih sangat susah untuk dibaca. Apa yang saya faham buku ini hanya menceritakan mengenai adat istiadat dalam Istana Perak dan bukan adat Melayu. Untuk pengetahuan semua adat istiadat ialah peraturan didalam sesuatu majlis seperti majlis pertabalan, perlantikan, anugerah. Adat pula ialah peraturan yg lazim dilakukan sejak dahulukala dan ia berlaku kerana sering dibuat oleh sesuatu bangsa hingga menjadi peraturan cara hidup sesuatu bangsa. Dalam buku ini hanya menerangkan jenis destar untuk kegunaan adat istiadat atau peraturan pemakaian destar dalam istana Perak dan bukan adat atau cara hidup orang Melayu. Kesimpulannya apa yang ada dalam buku ini tidak sesuai diikuti untuk pakaian harian atau untuk kegunaan luar istana.
Bahagian pengenalan memang hebat sebab semua gunakan nama orang istana. Apa yang saya agak terkejut ialah dalam buku ini mengatakan sultan Perak memakai Tanjak Dendam Tak Sudah. Setahu saya tanjak Dendam Tak Sudah hanya dipakai oleh Sultan Perak semasa menjadi YDPA sahaja dan bukan semasa memerintah negeri Perak. Apa yang saya tahu juga Dendam Tak Sudah ialah rekaan Orang Istana Negeri Sembilan dahulu. Memang ada catatan mengenai pembuatnya iaitu Mangku Nahu. Bentuk dalam gambar buku ini yang mengatakan sebagai tanjak Dendam Tak Sudah juga amat meragukan kerana tidak cukup bahagian untuk mencukupkan syarat sebagai tanjak Dendam Tak Sudah contohnya bahagian simpul, pucuk, gelombang kasih tidak ada dan berlainan jenis. Menurut sumber yang saya perolehi dari 3 pembuat tanjak lama dan Haji Basnee, Md Isa Md Ali, Wan Yahaya, walau mereka pembuat tanjak berlainan negeri tetapi semua mengatakan setiap tanjak mempunyai syarat bahagian yang wajib ada dan tidak berubah, jika diubah atau dibuang walau satu bahagian seperti simpul, gelombang kasih, bahagian solekan, jumlah bengkung, bahagian patah maka tanjak itu akan berubah jadi tanjak lain dan nama lain.
Adakah ilustrasi bentuk tanjak pada bahagian luar buku menggunakan rujukan dari gambar tanjak Lang Menyonsong Angin Perak yang salah seperti satu gambar yang tersebar melalui internet seperti gambar ini?
Gambar diatas Helang Menyongsong Angin ini sebenarnya ialah tanjak yang lari bentuk bahagian atas hingga berkalih bentuk kearah lawan posisi sebenar akibat salah simpan dan sering diusik orang. Sayangnya diambil gambar oleh orang yang tak tahu perbezaan tanjak yang betul atau salah kemudian terus dimasukkan dalam sebuah buku dan dijual merata-rata kemudian gambarnya diambil dan disebarkan oleh peminat destar secara tidak sengaja menjadi rujukan orang luar yang tidak tahu apa-apa. Apa yang saya tahu gambar Helang Menyongsong Angin Perak sebenar adalah seperti gambar dibawah ini
Satu lagi isi kandungan yang mengelirukan ialah, dalam buku ini menyatakan bahawa simpul kiri untuk orang biasa dan hanya sultan sahaja memakai simpul di bahagian kanan. jika kita lihat gambar lama Sultan.
Tetapi kalau dibandingkan dengan gambar sultan Perak yang lebih lama iaitu Sultan Yussuf Izzudin Shah ibni Almarhum Sultan Abdul Jalil (1948-1963) beliau memakai simpul belah kiri seperti gambar dibawah
Bagaimana pula jika dibandingkan dengan gambar ini gunakan simpul dibelakang?
dan jika dibandingkan dari gambar dalam buku ini sendiri
Mengenai gambar tanjak Pucuk Pisang Patah yang dibuat dan dijadikan sebagai rujukan. Apabila dibandingkan dengan gambar lama kelihatan bahagian pucuknya tidak sama langsung. Bahagian pucuknya leper dan berbentuk Pucuk Rebung dan bukan Pucuk Pisang Patah. Pucuk Pisang Patah sepatutnya bentuk bulat dan bukan leper. Sila bandingkan bahagian pucuk antara dua gambar dibawah iaitu gambar dalam buku ini dengan koleksi gambar tanjak sultan lama dibawah .
Sedangkan dalam buku ini sendiri telah menerangkan bentuk Pucuk Rebung itu leper seperti gambar dibawah
Banyak lagi gambar tanjak dalam buku ini tidak sama dan amat lari dari seperti gambar lama-lama
Balong Ayam
Tebing Runtuh
Dendam Tak Sudah
BUKU 3
TAJUK BUKU:
Buku Destar Alam Melayu
by Johan Iskandar
Buku yang paling baru saya beli melalui internet. Selepas tiga kali saya membaca buku ini dan cuba cari kesalahan dari segi perbandingan gambar dan maklumat. Saya masih belum jumpa kesilapan dimana-mana. Semua gambar bentuk tanjak nampak sangat sama dengan bentuk tanjak dalam gambar lama-lama hitam putih. Maklumatnya sangat padat dan menerangkan perbezaan adat dan adat istiadat. Sumber maklumatnya jelas. Penerangan dalam buku ini sangat mudah faham. Apa yang menarik dalam buku ini juga menerangkan perbezaan Destar, Tengkolok Lelaki, Tanjak, Getam, Semutar dan tengkolok Perempuan(satu-satunya buku yang menerangkan mengenai tengkolok perempuan). Buku ini juga sesuai untuk mereka yang mencari rujukan memakai destar untuk kegunaan harian, istana, majlis-majlis, aktiviti berbusana, adat dan adat istiadat. Untuk pengetahuan semua, adat istiadat ialah peraturan didalam sesuatu majlis seperti majlis pertabalan, perlantikan, anugerah. Adat pula ialah peraturan yg lazim dilakukan sejak dahulukala dan ia berlaku kerana sering dibuat oleh sesuatu bangsa hingga menjadi peraturan cara hidup sesuatu bangsa.Jika dibandingkan semua buku berkaitan destar, buku ini adalah yang terbaik dan paling lengkap.
Setelah lebih 8 kali saya baca buku ini.
Apa yang saya nampak, rekabentuk agak kurang menarik, saya rasa rekabentuknya boleh buat lebih bagus. Gambarnya agak gelap sedikit dan mungkin masalah pada pencetak. Muka surat 10 agak pelik bertulis KATA-KATA ALUAN OLEH PENAJA tetapi kosong. Kasihan sungguh, mungkin kosong kerana tidak dapat penaja walau kandungan bukunya sangat profesional dan padat. Kerajaan Malaysia dari dulu hingga sekarang selalu abaikan pakar warisan yang bagus-bagus. Bila semua dah mati maka warisan juga hilang kemudian buat rekaan baru.
Kalau baca muka surat 5, apa yang saya faham sumber maklumat asas buku ini daripada Johan Iskandar tetapi pihak yang bertanggungjawab menguruskan bahagian EDITOR ialah PANEL MENARA SENI. Maknanya masalah penulisan dan susunan perkataan dan ejaan adalah hasil kerja EDITOR. Saya perasan ada sedikit kelemahan bahagian penulisan tidak lengkap dan ejaan salah. Kebiasaan mana-mana buku pun mesti ada salah sikit dan masih boleh dimaafkan.
Dari segi pakaian baju dan samping untuk model ada sedikit yang tidak sesuai kerana menggunakan kain bukan buatan Malaysia. Tetapi masih boleh dimaafkan kerana tajuk buku ini berkaitan DESTAR,TANJAK,TENGKOLOK,GETAM dan SEMUTAR sahaja dan bukan berkaitan dengan busana keseluruhan seperti baju, seluar, samping. Mungkin penulis tidak ada peruntukan yang cukup (Cuba lihat muka surat 10). Lagi pun kain tenun atau songket buatan tangan memang beribu untuk sehelai sahaja dan sangat mahal. Ada sedikit unsur yang agak mistik saya terbaca dalam ni membuatkan saya rasa tidak sesuai. Sepatutnya tidak perlu dimasukkan sebarang cerita berunsur dongeng, mistik atau mitos.
Kalau diuji dan dibandingkan dengan gambar hasil pembuatan tanjak yang dimasukkan kedalam buku ini sebagai bahan rujukan dengan gambar lama-lama, saya masih puas hati sebab nampak persamaan jelas. Pembuat tanjak memang seorang yang sangat pakar. sila bandingkan sendiri gambar dibawah
Setelah lebih 8 kali saya baca buku ini.
Apa yang saya nampak, rekabentuk agak kurang menarik, saya rasa rekabentuknya boleh buat lebih bagus. Gambarnya agak gelap sedikit dan mungkin masalah pada pencetak. Muka surat 10 agak pelik bertulis KATA-KATA ALUAN OLEH PENAJA tetapi kosong. Kasihan sungguh, mungkin kosong kerana tidak dapat penaja walau kandungan bukunya sangat profesional dan padat. Kerajaan Malaysia dari dulu hingga sekarang selalu abaikan pakar warisan yang bagus-bagus. Bila semua dah mati maka warisan juga hilang kemudian buat rekaan baru.
Kalau baca muka surat 5, apa yang saya faham sumber maklumat asas buku ini daripada Johan Iskandar tetapi pihak yang bertanggungjawab menguruskan bahagian EDITOR ialah PANEL MENARA SENI. Maknanya masalah penulisan dan susunan perkataan dan ejaan adalah hasil kerja EDITOR. Saya perasan ada sedikit kelemahan bahagian penulisan tidak lengkap dan ejaan salah. Kebiasaan mana-mana buku pun mesti ada salah sikit dan masih boleh dimaafkan.
Dari segi pakaian baju dan samping untuk model ada sedikit yang tidak sesuai kerana menggunakan kain bukan buatan Malaysia. Tetapi masih boleh dimaafkan kerana tajuk buku ini berkaitan DESTAR,TANJAK,TENGKOLOK,GETAM dan SEMUTAR sahaja dan bukan berkaitan dengan busana keseluruhan seperti baju, seluar, samping. Mungkin penulis tidak ada peruntukan yang cukup (Cuba lihat muka surat 10). Lagi pun kain tenun atau songket buatan tangan memang beribu untuk sehelai sahaja dan sangat mahal. Ada sedikit unsur yang agak mistik saya terbaca dalam ni membuatkan saya rasa tidak sesuai. Sepatutnya tidak perlu dimasukkan sebarang cerita berunsur dongeng, mistik atau mitos.
Kalau diuji dan dibandingkan dengan gambar hasil pembuatan tanjak yang dimasukkan kedalam buku ini sebagai bahan rujukan dengan gambar lama-lama, saya masih puas hati sebab nampak persamaan jelas. Pembuat tanjak memang seorang yang sangat pakar. sila bandingkan sendiri gambar dibawah
TANJAK PUCUK PISANG PATAH
TANJAK BALONG AYAM
Banyak juga gambar lama hitam putih dimasukkan kedalam buku ini sebagai rujukan supaya mudah untuk dibuat perbandingan oleh pembaca.
Harga buku ini RM130, Kulit dan kertas semua tebal. Semua halaman menggunakan warna penuh. Gambar pun besar. Bagi pendapat saya memang berbaloi untuk dibeli.
KESIMPULAN UNTUK TIGA BUKU DIATAS
Saya akan pilih buku bertajuk DESTAR ALAM MELAYU. Mereka yang telah memiliki tiga buah buku ini pasti akan faham mengapa saya kata begitu. Bagi saya hasil buku DESTAR ALAM MELAYU ini amat terperinci dan mustahil boleh dibuat oleh orang sebarangan, pengalaman pembuatnya pasti sangat luas dalam bidang destar dan bukan sekadar peminat atau pengkaji. Hasil tanjak yang dibuat jugak amat sama dengan gambar lama yang ada. Maklumat memang padat juga lengkap dan sesuai untuk semua pihak. Paling menarik buku ini tidak sekadar fokus pada golongan istana tetapi juga pihak bawahan. Kalau terlampau fokus pada pihak istana pun bukan boleh dipakai oleh orang biasa. Maklumat untuk kaum perempuan juga ada didalam buku ini. Pada mulanya saya cuba mencari kesalahan dalam buku ni tetapi setelah membaca lebih 11 kali, saya amat bersyukur buku seperti ini wujud dan ucapan tahniah pada penulis kerana telah mendokumentasikan banyak maklumat yang berguna supaya tidak pupus. Buku ini juga boleh digunakan untuk semua negeri.
Terbaik ulasan ini Tuan 👍
ReplyDeleteTerbaik. Saya akan mencari buku ini insya Allah
ReplyDeleteBerapa rm buku ni
ReplyDeleteHanya jauhari mengenal manikam.. buku tersebut dapat dibeli. Walau harga agak mahal, tapi ilmu yg terkandung di dalamnya lebih mahal harganya..
ReplyDeleteSaya bersyukur kerana masih ada 'penjaga' warisan kita di kalangan ramai. Sedih kerana banyak rujukan yang 'sesat' lagi 'menyesatkan' sekarang kerana tiada lagi pewaris dan mereka yang berguru... hanya belajar melalui internet dan coffee book. Contoh bagaimana penerbitan 'sesat' telah membawa kesilapan besar dlm mengenal warisan Melayu adalah seperti beza hulu keris - hulu tajong sekarang ramai tersilap kenal sebagai hulu pekaka kerana penerbitan buku oleh pengkaji yang bersumberkan catatan pihak kolonial Inggeris yang salah.
ReplyDeleteAlhamdulillah...terbuka mata hamba serta tersedar hamba dari tidur....indahnya budaya serta adab Melayu....adat budaya ku sanjung tinggi...
ReplyDeleteAssalamualaikum, di mana boleh saya dapatkan buku destar alam melayu tersebut?
ReplyDeleteWaalaikumussalam wbt, tuan boleh wasap sy 0163173507 (Johari) utk pembelian..
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteBeli dimana buku destar alam melayu, harga berapa?
ReplyDelete