Ungkapan dan Penerangan
Sekali bernama destar
(Destar selalu disebut kerana kerana melambangkan semua jenis hiasan kepala)
Duanya bernama tanjak
(Tanjak yang kedua paling dikenali kerana mempunyai maruah dan taraf yang tinggi)
Yang dijujung di kepala
(Dipakai dibahagian atas kepala kerana ia melambangkan kemuliaan yang harus dijunjung) Jangan dipakai sebarangan diatas kepala.
Yang dipakai berpatut-patut
(Bahagian solek iaitu bahagian paling atas selain bengkung dan jenis bahan haruslah mengikut kesesuaian dalam adat atau adat istiadat. adat hanya boleh diubah semasa majlis adat-istiadat sahaja. Yang diubah dalam adat-istidat tidak boleh dipakai dalam adat)
Yang beradat berlembaga
(Bahagian jinjang atau tangga iaitu lipatan yang membentuk lapisan tingkat harus sesuai mengikut jawatan dan pangkat, adat hanya boleh diubah semasa majlis adat-istiadat sahaja. Yang diubah dalam adat-istidat tidak boleh dipakai dalam adat)
Yang beradat berketurunan
(Bahagian simpul iaitu bahagian hujung bengkung melambangkan lelaki dan perempuan diikat adalah simbolik kepada tali ikatan perkahwinan yang sah sebagai suami isteri. Bentuk simpul tersebut melambangkan zuriat keturunan yang sah iaitu si pemakai) Sebab itu bahagian simpul sangat penting. Simpul yang tidak betul boleh membawa maksud anak luar nikah.
Yang dijaga dipelihara
(Rekabentuk yang asli perlu dijaga dan dipelihara supaya tidak pupus kerana rekaan baru bakal menghapuskan sejarah dan asal usul)
Yang bertempat dan bertepatan
(lain cara pakai membawa lain maksud, Simpul dibelakang untuk perang, simpul berada dipertengahan diantara belakang kepala dengan telinga melambangkan bersedia, simpul di kanan untuk kebiasaan dan simpul didepan untuk penari, pelawak dan penghibur)
Yang ada asal-usulnya
(Setiap tanjak harus mempunyai pecahan atau dipanggil kembangan dari ibu tanjak. Dari bentuk ibu tanjak ia akan diubah kebentuk yang lain sebagai jenis keluarganya) Tanjak yang tidak ada ibu atau "salasilah/titisan terimba" tidak boleh dipakai dalam Istana kerana ia dianggap penghina asal usul tanah Melayu. ini kerana jika tidak hormat tanah sendiri jangan mencemari tanah di istana pula.
Kata Pak Tennas juga, pembuat tanjak yang asli hampir pupus, pihak istana dan lembaga adat pula tidak menghargai mereka. Maka peliharalah pembuat tanjak yang asli jika jumpa mereka masih wujud. Penjajah suka menggantikan rekaan baru untuk menghapuskan yang asli supaya Melayu hilang jati diri sesat mencari asal usul.
Sumber dari Tengku Nasaruddin Bin Tengku Said Muhammad Aljuri .
Comments
Post a Comment