Saya bersama keluarga pergi makan pasembor ketam di Restoran Nelayan, Kuala Perlis. Ketam disini memang puas hati sebab besar. Biar mahal yang penting puas hati. Harga RM10 untuk sepinggan pasembor ketam biasa dan RM15 untuk sepinggan pasembor ketam double.
Saya hairan dan tidak pasti mengapa dalam kepala mengapa asyik terfikir mengenai KETAM BUDU akibat membaca buku bertajuk Destar Warisan Malaysia: Koleksi Terpilih yang diterbitkan oleh JABATAN MUZIUM NEGARA. Sedangkan perkataan yang betul ialah Getam dan bukannya Ketam. Getam bermaksud bekas penutup manakala Ketam ialah seperti apa yang saya makan sekarang
Saya tidak pasti sudah berapa ramai yang membaca buku ni dan ikut secara bulat-bulat. Bagaimana hendak meluruskan apa yang sudah salah sedangkan sudah sekian lama buku seperti ini merebak?
Mungkin teguran saya yang lepas agak kasar, tetapi siapa lagi yang mahu meluruskan kesalahan yang berat dan telah menjadi rantaian yang sentiasa tersebar dimerata-rata.
Patutkah saya berdiam diri melihat kesalahan yang berlaku? Harap warisan Melayu jangan jadi hampir pupus seperti apa yang berlaku di Perlis. Di Perlis terlampau banyak warisan yang dipadamkan.
Untuk maklumat yang berguna supaya tiada yang keliru lagi, ingatlah semua orang Melayu bangsa kita tidak memakai ketam diatas kepala

Comments
Post a Comment