Saya di luar kawasan atas urusan kerja di Melaka. Semasa berada di bulatan Jasin iaitu di Jalan Haji Md Yasin. Saya kagum melihat replika tanjak besar berbentuk Dendam Tak Sudah.
Cuma saya tidak faham mengapa Kerajaan Melaka meletakkan tanjak negeri Sembilan di Melaka?
Sedangkan kita tahu bahawa tanjak Dendam Tak Sudah adalah identiti negeri Sembilan dan bukan negeri Melaka. Melaka adalah satu kerajaan yang lebih lama wujud sebelum Negeri Sembilan. Melaka juga sepatutnya ada identiti sendiri.
Tanjak itu adalah simbol identiti negeri dan kerajaan. Melaka dan negeri Sembilan adalah berbeza sekali dari segi adat, adat istiadat, pengaruh reka bentuk dan banyak lagi.
Sepatutnya kerajaan Melaka patut lantik pakar sebagai penasihat dan bukan sekadar tangkap muat. Jangan lah memalukan identiti Melaka. Kelihatan seolah-olah Melaka ini duduk dibawah tapak kaki Negeri Sembilan.
Lagipun Simbol replika bukan pakaian harian yang boleh suka-suka guna sebab ia melambangkan identiti kerajaan dan Negeri. Identiti kerajaan dan Negeri adalah lebih dekat dengan ADAT ISTIADAT berbanding ADAT.
Siapalah yang agaknya dapat projek ribuan ringgit ni? Semua jenis tangkap muat dapat duit dan diam sembunyi kebenaran.
Comments
Post a Comment