Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2019

Replika Tanjak Gergasi, Bulatan Jasin, Melaka adalah satu kesilapan.

Saya di luar kawasan atas urusan kerja di Melaka. Semasa berada di bulatan  Jasin iaitu di Jalan Haji Md Yasin. Saya kagum melihat replika tanjak besar berbentuk Dendam Tak Sudah. Cuma saya tidak faham mengapa Kerajaan Melaka meletakkan tanjak negeri Sembilan di Melaka? Sedangkan kita tahu bahawa tanjak Dendam Tak Sudah adalah identiti negeri Sembilan dan bukan negeri Melaka. Melaka adalah satu kerajaan yang lebih lama wujud sebelum Negeri Sembilan. Melaka juga sepatutnya ada identiti sendiri. Tanjak itu adalah simbol identiti negeri dan kerajaan. Melaka dan negeri Sembilan adalah berbeza sekali dari segi adat, adat istiadat, pengaruh reka bentuk dan banyak lagi. Sepatutnya kerajaan Melaka patut lantik pakar sebagai penasihat dan bukan sekadar tangkap muat. Jangan lah memalukan identiti Melaka. Kelihatan seolah-olah Melaka ini duduk dibawah tapak kaki Negeri Sembilan. Lagipun Simbol replika bukan pakaian harian yang boleh suka-suka guna sebab ia melambangkan iden

Ketam Budu (Ketam Diatas Kepala)

Saya bersama keluarga pergi makan pasembor ketam di Restoran Nelayan, Kuala Perlis. Ketam disini memang puas hati sebab besar. Biar mahal yang penting puas hati. Harga  RM10 untuk sepinggan pasembor ketam biasa dan RM15 untuk sepinggan pasembor ketam double. Saya hairan dan tidak pasti mengapa dalam kepala mengapa asyik terfikir mengenai KETAM BUDU akibat membaca buku bertajuk  Destar Warisan Malaysia: Koleksi Terpilih yang diterbitkan oleh JABATAN MUZIUM NEGARA . Sedangkan perkataan yang betul ialah Getam dan bukannya Ketam. Getam bermaksud bekas penutup manakala Ketam ialah seperti apa yang saya makan sekarang   Saya tidak pasti sudah berapa ramai yang membaca buku ni dan ikut secara bulat-bulat. Bagaimana hendak meluruskan apa yang sudah salah sedangkan sudah sekian lama buku seperti ini merebak?  Mungkin teguran saya yang lepas agak kasar, tetapi siapa lagi yang mahu meluruskan kesalahan yang berat dan telah menjadi rantaian yang sentiasa tersebar dimerata-rata. Pat

Karang tanjak perlu berguru

MATA Mohd. Taufik Tulus, 32, fokus melihat pada simpulan tanjak yang dibuatnya. Kain yang dilipat kemas perlahan-lahan itu menjadi tanjak yang cantik dan kemas dan dinamakan  Takur Tukang Besi . Teknik menghasilkan tanjak itu dipelajarinya dalam Bengkel Pengenalan Destar, Tanjak dan Tengkolok yang diadakan di Yayasan Al-Jenderami, Dengkil, Selangor baru-baru ini. Beliau mula meminati seni pembuatan tanjak tersebut sejak awal tahun ini ketika mengikuti satu program pertandingan memanah tradisional di ibu kota. Ketika itu, rata-rata peserta memakai tanjak ketika bertanding. “Hati saya ketika itu terdetik dan banyak persoalan bermain di fikiran, antaranya bolehkah saya memakai tanjak itu sama seperti para peserta yang lain dan tidak salahkah memakainya di depan khalayak ramai. “Justeru, saya nekad untuk mencari bengkel pembuatan tanjak untuk belajar cara membuatnya. Sejak itu, saya mula memakai tanjak jika keluar dari rumah,” katanya ketika ditemui  Kosmo!  di be

Penyolek Tengkolok

myMetro Alor Setar : Tengkolok atau lebih dikenali destar adalah pakaian tradisi masyarakat Melayu yang melambangkan ketokohan pembesar dan raja Melayu sejak dahulu kala. Ia juga lambang kepada hierarki masyarakat ketika itu membezakan antara rakyat biasa dan pembesar hingga penutup kepala itu diangkat sebagai pakaian tradisi orang Melayu. Justeru, tidak hairanlah jika pelengkap pakaian tradisi ini masih dihargai oleh generasi kini hingga membuatkan ada segelintir masyarakat bersungguh-sungguh menghidupkan kembali aksesori kepala tradisional itu untuk menjadi tatapan generasi pada hari ini. Berasal dari Kampung Peremba, di sini, Mohd Yatim Mustaffa, 40, antara ‘penyolek’ tengkolok yang aktif mereka bentuk tengkolok tradisi dan moden sesuai dengan si pemakainya. Menceritakan penglibatan beliau di dalam teknik pembuatan tengkolok atau tanjak ini, Mohd Yatim berkata, minatnya timbul sejak berusia 20-an lagi selepas beberapa kali menyertai persembahan seni silat di

Ulasan Semua Jenis Buku Destar, Tanjak, Tengkolok Yang ada Dipasaran.

ULASAN SEMUA BUKU BUKU 1 TAJUK BUKU: Destar Warisan Malaysia: Koleksi Terpilih by Wan Yahaya Abdullah P ada mulanya saya amat menghormati dan pandang tinggi terhadap buku ini kerana  Penerbit/Publisher:  JABATAN MUZIUM MALAYSIA. Selalunya apabila baca nama  JABATAN MUZIUM MALAYSIA terus ramai pihak akan pandang tinggi. Lagipun nama Wan Yahaya Abdullah adalah nama besar pada sekitar tahun 2000 dalam bidang tanjak. Saya sendiri pernah berjumpa dan belajar bawah tunjuk ajarnya dulu bersama rakan-rakan saya dari Perlis semasa membuat kajian. Setel ah beberapa kali membaca dan meniliti kandungan buku ini, terus terang saya rasa amat kecewa kerana sedar mempunyai banyak kesilapan besar. Semua kesilapan besar ini telah menjad i rujukan semua pembeli. Kerana banyak persoalan yang bermain dalam fikiran saya ketika itu dan disebabkan saya amat mengenali kemampuan arwah yang sebenar maka saya ada tanya beberapa pihak termasuk mereka dari pihak  JABATAN MUZIUM MALAYSIA sen