Ada Kekeliruan, Buku "Sejarah dan Martabat Tengkolok Dalam Etika Pemakaian Busana Kebudayaan Institusi Keistanaan Melayu Perak" Ini Tiada Kaitan Rasmi Dengan Istana Perak
Ramai bertanya mengapa saya berani mengkritik buku dari istana Perak. Sampai ade orang kata saya ni rakyat kebanyakan hanya kuat merenyeh. Merenyeh ini bahasa Perlis bermaksud suka cakap banyak. Macam dosa besar pula apabila saya membuat ulasan bebas.
Saya telah menghubungi pihak dari istana Perak kerana ingin mendapatkan kisah yang sebenar.
Saya dapat tahu sumber dari istana Perak bahawa buku "Sejarah dan Martabat Tengkolok Dalam Etika Pemakaian Busana Kebudayaan Institusi Keistanaan Melayu Perak" Ini Tiada Kaitan Dengan pihak Istana Perak dan bukan terbitan rasmi dari Istana.
Ramai orang sudah salah anggap.
Buku ini tidak dirasmikan di istana atau dalam negeri Perak. Buku ini dirasmikan di Hotel Cyberview Resort dan Spa, Cyberjaya, Sepang pada 8 November 2018 dan tidak ada kaitan rasmi dengan Istana Perak.
Saya ada jumpa beberapa gambar dari internet. Boleh search google dan cari sumber.
Apa yang jelas dan saya difahamkan bahawa buku ini tidak mengwakili istana Perak langsung.
Comments
Post a Comment