Gambar Sultan Abdullah Al-Mu’tasim Billah Shah ibni Al-Marhum Sultan Ahmad Mua’azzam Shah
Kembali kepada tajuk asal TANJAK SULTAN PAHANG LAMA, saya sebenarnya dulu ada pergi majlis Pelancaran Biografi Sukan " Al Sultan Abdullah Raja Sukan Berjiwa Rakyat" di Hotel Shang-Ri La Kuala Lumpur. Ketika itu saya berjumpa dengan beberapa rakan dari Pahang. Mereka juga peminat destar dan keris.
Saya ade bertanya kepada sahabat saya mengenai gambar dibawah ini kepada beliau untuk kepastian sebab bentuknya tidak sama seperti gambar sultan Pahang sekarang. Saya dapat gambar ini dari anak murid saya yang sedang membuat kajian mengenai tanjak Pahang. Anak murid saya ni banyak mengikuti perkembangan pembuat tanjak di FB dan seminar.
Gambar dari Buku Destar Alam Melayu (Edisi Pertama) yang dihantar daripada anak murid universiti saya.
dan gambar terbaru saya terima ialah printscreen dari FB
Saya lebih suka tanjak dalam gambar Buku Destar Alam Melayu Edisi Kedua seperti dibawah kerana kainnya nampak lembut dan lebih berseni.
PELIHARALAH TANJAK WARISAN PAHANG YANG PALING TUA SEBELUM TERLAMBAT
Gambar Sekitar tahun 1917-1919
Gambar tanjak ini juga boleh dilihat dalam gambar kulit buku Destar Alam Melayu (Edisi Terhad) berwarna biru.
Saya beli buku ini dengan harga RM300 di Perlis, kemudian baru saya tahu harga sebenar cuma RM200. naik CEMUIH, rupanya kena markup RM100. Nasib baik buku tebal berat kualiti tinggi kalau ikut hati rasa macam nak menjerit maki penjual. Bagi pendapat saya buku ni memang patut harga RM300 sebab gambar penuh warna dan kulit tebal.. Saya akan membuat ulasan mengenai buku biru ini tidak lama lagi. Tunggu saya baca beberapa kali dahulu sebelum membuat ulasan.
Kembali kepada tajuk asal TANJAK SULTAN PAHANG LAMA, saya sebenarnya dulu ada pergi majlis Pelancaran Biografi Sukan " Al Sultan Abdullah Raja Sukan Berjiwa Rakyat" di Hotel Shang-Ri La Kuala Lumpur. Ketika itu saya berjumpa dengan beberapa rakan dari Pahang. Mereka juga peminat destar dan keris.
Gambar dari Buku Destar Alam Melayu (Edisi Pertama) yang dihantar daripada anak murid universiti saya.
dan gambar terbaru saya terima ialah printscreen dari FB
Semasa di majlis Pelancaran Biografi Sukan, Setelah sahabat saya meilhat gambar ini, sahabat saya menyuruh saya mengkaji gambar tanjak Pahang, Sultan Abdullah Mu'tassim Billah Shah (Sultan Pahang ke3: 1917-1932). Ini kerana jika ada bahagian lipatan 3 segi pada bahagian tengah muka tanjak, maknanya itu memang tanjak Sultan Pahang yang paling lama. Katanya juga, tanjak ada lipatan 3 segi ni sudah pupus dan tidak ada yang mampu buat lagi dalam istana Pahang. Tanjak Pahang dulu dan sekarang tidak sama. Pada mulanya saya tidak faham. Apabila saya buka gambar-gambar lama Sultan Abdullah Mu'tassim Billah Shah, memang ada rupanya dan tanjak Sultan Pahang dulu memang tidak sama dengan tanjak sekarang. Tanjak dulu memang lebih cantik.
Jika dilihat bahagian gambar dibawah akan jelas nampak timbul.
Walau bagaimana pun bagi pendapat saya tanjak gambar dibawah ini yang diambil dari Buku Destar Alam Melayu Edisi Pertama, Walau posisi tanjak ini betul tetapi tanjak ini telah menggunakan kain yang sangat keras tidak nampak seni.
Saya lebih suka tanjak dalam gambar Buku Destar Alam Melayu Edisi Kedua seperti dibawah kerana kainnya nampak lembut dan lebih berseni.
PELIHARALAH TANJAK WARISAN PAHANG YANG PALING TUA SEBELUM TERLAMBAT
Comments
Post a Comment