Skip to main content

3 Cara Freemanson Menjajah Tanah Melayu

3 Cara Freemanson Menjajah Tanah Melayu



Zaman sekarang tidak perlu lagi Freemanson tukar sejarah dan kelirukan asal-usul kerana bangsa sendiri yang akan buat demi duit. Kita lihat apa jadi dengan tanjak dan baju kurung, penuh dipasaran yang merapu-rapu.

Janji ada bentuk,
Jual Murah,
Orang tidak tahu,
Mereka pun beli demi memperjuangkan Tanah Melayu.

Kita lihat busana Melayu sudah cukup, banyak yang diubah hingga menyebabkan generasi akan datang sudah keliru dengan yang mana satu warisan asli dan rekaan baru yang berkonsep tradisional. Malah lebih teruk apabila benda baru dikatakan lama demi jualan dan mencari duit. Alasan mereka ini ialah Melayu tidak dosa dan tidak haram sebab bukan agama.

Ramai peniaga yang tahu kebenaran tetapi mereka suka meyembunyikan maklumat demi melariskan jualan.

Sabda Rasulullah saw,

من سئل عن علم علمه ثم كتمه ألجم يوم القيامة بلجام من نار

Maksudnya : Barangsiapa yang di tanya tentang sesuatu ilmu yang dia ketahui, lalu dia menyembunyikannya, nescaya mulutnya akan dikekang dengan tali kekang api neraka. (HR Abu Dawud dan Tirmizi).

Kalau dibaca rangkap pertama dan difahami "kaburkan sejarahnya". Ini adalah senjata yang paling bahaya kerana Freemanson tidak hapuskan terus dengan paksaan kerana tahu orang Melayu akan marah dan berperang. Tetapi mereka gantikan dengan yang rekaan baru yang nampak tradisional dan hampir sama bentuknya supaya bangsa Melayu tidak dapat mengenali asal-usul sendiri. Contohnya seperti:-
- Kawad kaki mula dengan langkah kanan ditukar mula dengan langkah kaki kiri.
- Tulisan jawi baca dari arah kanan ditukar dengan tulisan moden yang baca dari kiri.
- Tukarkan seluar kencing duduk dengan seluar kencing berdiri.
- Tanjak yang diikat digantikan dengan jenis boleh laras, bentuk tanjak diubah dan banyak ciptaan baru dibuat dengan rupa yang hampir sama dengan lama supaya digantikan dengan yang lama.
- Baju kurung labuh digantikan dengan yang ketat supaya nampak susuk tubuh.

dan banyak lagi yang diubah sehingga bangsa Melayu keliru untuk mengenali asal-usul mereka. Kesan paling buruk ialah semua unsur islamik hilang hingga ada yang mengatakan bangsa Melayu itu bukan Islam tetapi hindu dan budha.

Bangsa Melayu memang sanggup jadi pengkhianat demi duit. Para pengkhianat suka menghalalkan cara dengan pelbagai cara terutamanya ialah menjual agama.

Sebab itu peliharalah warisan supaya bangsa kita tetap sama seperti dulu. Janganlah kita jadi pejuang Freemanson tanpa sedar hanya kerana duit.

Orang Perlis kata mereka yang menyembunyikan kebenaran ini ialah Darai. Hangpa jangan jadi Darai. Melayu kena gagah.

saya sudah malas nak merenyeh, 

Sekian

Comments

Popular posts from this blog

Adat dan Adat Istiadat Adalah Dua Perkara Yang Berbeza

ADAT dan ADAT ISTIADAT. Ramai yang masih keliru mengenai dua perkara ini. Bunyi hampir sama tetapi tidak sama. Saya ambil rujukan terbaik yang pernah saya jumpa sebagai penerangan iaitu  dari buku Destar Alam Melayu.  PERBEZAAN PENGGUNAAN DALAM ADAT DAN ADAT-ISTIADAT Adat Dan Adat Istiadat adalah perkara yang berbeza. ADAT Peraturan yang lazim diamalkan oleh masyarakat Melayu lama dahulu hingga menjadi cara hidup, maka diangkat menjadi adat. Contoh: Pasang Pelita Menjelang Hari Raya, Adat perkahwinan seperti merisik, meminang, bertunang, Malam Berinai, Adat batu nisan. ADAT-ISTIADAT Adat-istiadat ialah protokol, peraturan, upacara dalam sesuatu majlis. Ia boleh mengubah adat sedia ada, mengikut kesesuaian dan sesuatu tujuan seperti untuk memudahkan membezakan taraf dan pangkat seperti Sultan, pembesar dan rakyat dalam sesuatu majlis. Kedudukan posisi simpul kain, bilangan jinjang, tebal bengkung dan bahagian tanjak juga boleh diubah untuk kegunaan sesuatu majlis. Apa

Ulasan Semua Jenis Buku Destar, Tanjak, Tengkolok Yang ada Dipasaran.

ULASAN SEMUA BUKU BUKU 1 TAJUK BUKU: Destar Warisan Malaysia: Koleksi Terpilih by Wan Yahaya Abdullah P ada mulanya saya amat menghormati dan pandang tinggi terhadap buku ini kerana  Penerbit/Publisher:  JABATAN MUZIUM MALAYSIA. Selalunya apabila baca nama  JABATAN MUZIUM MALAYSIA terus ramai pihak akan pandang tinggi. Lagipun nama Wan Yahaya Abdullah adalah nama besar pada sekitar tahun 2000 dalam bidang tanjak. Saya sendiri pernah berjumpa dan belajar bawah tunjuk ajarnya dulu bersama rakan-rakan saya dari Perlis semasa membuat kajian. Setel ah beberapa kali membaca dan meniliti kandungan buku ini, terus terang saya rasa amat kecewa kerana sedar mempunyai banyak kesilapan besar. Semua kesilapan besar ini telah menjad i rujukan semua pembeli. Kerana banyak persoalan yang bermain dalam fikiran saya ketika itu dan disebabkan saya amat mengenali kemampuan arwah yang sebenar maka saya ada tanya beberapa pihak termasuk mereka dari pihak  JABATAN MUZIUM MALAYSIA sen

Maksud Indera Kayangan

Tahukah Di Perlis tanjak Putera kayangan dan nama negeri Indera Kayangan telah dihapuskan? Cuba baca apa saya tulis dan fahamkan Kota Kayang adalah merupakan Kota Indera Kayangan yang di bina pada zaman pemerintahan Sultan Kedah ke 15 iaitu Sultan Dhiauddin Al-Mukarram Syah I yang memerintah antara tahun 1661-1687. Kota ini dikatakan sebuah kota yang tidak dapat dilihat kerana dilindungi oleh Bukit Papan, Bukit Kubu, Bukit Toh Poh, Bukit Lambung Panah, Bukit Nasi Sebungkus, Bukit Besi Hangit, Bukit Lagi dan Gunung Medan zaman itu. Di sinilah Sultan Kedah ke-15, Sultan Dhiauddin Mukarram Shah membina Kota Indera Kayangan sebagai pusat pemerintahan yang tersembunyi dan hanya boleh dilihat dari tempat tinggi ketika itu kerana ditutupi banyak bukit dan pokok. Disebabkan hanya boleh dilihat dari tempat tinggi maka digelar Kota Indera Kayangan. Kayangan juga bermaksud tempat tinggi. Indera pula bermaksud deria yang boleh kita lihat dan rasa. Sayangnya banyak tokoh agama Perlis dan pa