Skip to main content

Kisah Penipu Yang Berjaya Jadi Pembuat Tanjak Untuk Sultan Dan Dua Istana

Hari yang sangat letih. Letih tu maksudnya penat. Hari ni ialah hari terakhir di Melaka esok dah nak balik Perlis. Rasa rindu pada anak dan keluarga. Dalam bilik ni duduk seorang jer.

Beberapa hari lepas, saya baru habis mesyuarat di Melaka, kemudian terus ke gedong jumpa orang sakit, selepas itu terus jumpa orang di Hang Tuah Center. Kemudian singgah sebentar ke kedai makan terdekat yang jumpa tepi jalan untuk makan sambil menunggu anak penakan dari negeri Sembilan yang sesat jalan.  Sedap makanan di restoran ini. Makanan sini memang sedap. Memang kerkoh habis tulang-tulang. Kerkoh tu bahasa orang Perlis maksudnya gigit. Sampai jer makanan depan mata terus kernyeh. Mentekedarah habis.



Semasa di mesyuarat Melaka, saya dengan beberapa orang sempat bersembang mengenai tanjak Melaka dengan seorang guru silat dan juga seorang pembuat tanjak. Tetapi maklumat tanjak Melaka tidak menarik, Ada cerita lain yang lebih menarik. Saya terkejut mendengar cerita mengenai Kisah Penipu Yang Berjaya Jadi Pembuat Tanjak Untuk Sultan Dan Dua Istana. 

Saya terima sumber lisan yang boleh dipercayai kerana kebetulan ada saksi disitu juga yang  mempunyai pak penakan yang sahabatnya berkhidmat dalam istana negeri Sembilan sebagai orang besar. Ceritanya begini.

Seorang lelaki ini mendapat projek ribu ringgit dari dua istana besar dalam Malaysia kerana membuat tanjak untuk dua sultan. Puncanya apabila ada pekerja kerajaan pergi ke pameran kraftangan di Kuala Lumpur untuk mencari pembuat tanjak maka jumpalah lelaki ini.Untuk mendapatkan projek, lelaki ini pula mengaku pada pekerja kerajaan tersebut bahawa dia belajar dari salah satu orang besar negeri Sembilan yang membuat destar untuk Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.  Kemudian pihak istana lain dan kawan-kawannya pun dia cerita perkara sama. Dia pernah upload gambar dalam FB gambar dia bersama orang besar negeri Sembilan tersebut dulu. Gambar itu diambil semasa ade majlis dan makan-makan di negeri Sembilan. Selepas ditegur terus dia buang gambar sebab takut.  Hebat sungguh cerita ni. Ada gambar bersama dah macam-macam boleh buat. Dah macam kisah artis Anuar Zain bergambar dengan peminat kemudian jual cerita macam-macam.

Kerana ceritanya yang hebat, lelaki ini berjaya mendapat projek untuk membuat destar untuk Yang di-Pertuan Agong (Sultan Muhammad V) dan Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Kedah. wow....!! ini lagi hebat. Patutlah Yang di-Pertuan Agong (Sultan Muhammad V) letak jawatan awal sebab pakai tanjak sial.

Sebab itu rupanya semua tanjak Kedah baru-baru ini sudah tiada nilai kerana tiada sejarah dan asal usul sebab semuanya dalam istana adalah hanya rekaan baru semata-mata.  Jika semua rekaan baru, ini bermaksud  destar dalam istana bukan lagi warisan kedah yang asli. Ini juga bermaksud Kedah sudah hilang identiti yang mempunyai asal usul sejarah. Jika pihak Istana tidak hormat asal-usul apa lagi rakyatnya sendiri. Sedihnya dengar cerita ni. Terus pupus semua asal usul Kedah dah jadi macam Perlis dulu. Tetapi Perlis dah bangun semula mencari tanjak yang ada identiti dan asal usul. Pembuat tanjak ni siap dapat anugerah gelaran lagi kerana membuat tanjak untuk sultan. Hebat betul lelaki ini.

Lagi hebat bila dapat tahu Muzium Negara pun telah angkat dia ni sebagai pakar. Dulu Muzium keluar buku KETAM BUDU(mengenai ketam ni, sila baca blog saya yang lepas untuk faham), sekarang makin lama makin merapu MUZIUM NEGARA NI. No Respect betul.
.



Paling terbaru, salah satu pembuat tanjak baru dari negeri Sembilan anak murid kepada cikgu zali pembuat Tengkolok Putra Julang Darjat istana Perlis telah berikan saya rakaman video semasa dia belajar tanjak di bengkel destar di negeri sembilan anjuran Persatuan Kebajikan Zuriat Keturunan Pusaka Bentan Malaysia. Rakaman ni diterangkan sendiri oleh pembuat tanjak Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan. Pembuat tanjak Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan juga  menceritakan kisah sebenar bahawa Putra Fairuz Al Hussein telah menjual nama beliau sebagai guru yang mengajar dan mewariskan segala ilmu mengenai tanjak kepadanya hingga dapat projek besar membuat tanjak YDPA dan istana Kedah terbaru sedangkan ini satu pembohongan. Menurut pembuat tanjak baru ni juga, cikgu tanjak yang mengajar dan penganjur bengkel dalam tu juga kata betul apa yang diterangkan oleh orang besar Negeri Sembilan. Sebab itu mereka jemput supaya pelajar tahu kisah sebenar. Patutlah semua tanjak istana Kedah semua rekaan baru. Maknanya memang betul lah semua cerita yang saya dengar dari Melaka. Saya search google terjumpa pula video sama dalam youtube


dan satu lagi di FB


Macam ni pun ada kah???

Pihak istana negeri Sembilan juga sepatutnya mengambil tindakan yang betul dan bukan tindakan sekadar marah-marah terhadap Encik Mohd Zairul Fairuz Bin Zakaria. Ini untuk mengelakkan pihak lain juga terpedaya. Bukan kecil-kecil yang terpedaya kali ini, tetapi pihak Istana sendiri. Yang di-Pertuan Agong pun pakai tanjaknya. Saya pun keliru mana satu nama dia, dalam internet jumpa Putra Fairuz Al Hussein tetapi dalam IC dan poster kerajaan tulis Encik Mohd Zairul Fairuz Bin Zakaria. Ada juga yang saya baca tulis Ku Fairuz. Dia ni Engku ker? Tengku Ker? Putera ker ? yang mana satu agaknya? Nak mudah cari boleh search Google "Putra Fairuz Al Hussein" dan boleh jumpa.

Nak tahu betul ke tak boleh tanya mereka yang berkhidmat dalam Istana Negeri Sembilan jangan tanya saya.

The Moral of the Story
Orang zaman sekarang boleh berjaya jika padai jual cerita. Pekerja kerajaan pula kalau tidak pandai elok bertanya pada yang pakar dan bukan tanya yang suka jual cerita. Oang sekarang kanyiaq kena tipu.

HARAP PEKERJA KERAJAAN KALAU MAHU BELI TANJAK SILA PASTIKAN WARISAN DAN BUKAN REKAAN MERAPU-RAPU.


Maaf tercampur bahasa Perlis skit kali ni. Letih sangat tetapi bersemangat nak tulis. Identiti tu penting. Jam sudah 4 petang lebih. Kena siap nak balik.

Comments

  1. bagus group melaka bertindak ajar dia ni. selalu sangat kutuk kami group melaka, saya , wan sendeng dan ramai lagi. dulu masa rebut projek istana perlis, dia dan group dia kutuk melampau sangat terhadap group melaka . memang betul sah dia ni memang belajar youtube cerita luar belajar dengan orang istana negeri sembilan. jenis depan baik lembut belakang tikam kutuk belakang. rajin bagi tanjak free pada group keris untuk raih sokongan. tanjak dia buat memang sial.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Adat dan Adat Istiadat Adalah Dua Perkara Yang Berbeza

ADAT dan ADAT ISTIADAT. Ramai yang masih keliru mengenai dua perkara ini. Bunyi hampir sama tetapi tidak sama. Saya ambil rujukan terbaik yang pernah saya jumpa sebagai penerangan iaitu  dari buku Destar Alam Melayu.  PERBEZAAN PENGGUNAAN DALAM ADAT DAN ADAT-ISTIADAT Adat Dan Adat Istiadat adalah perkara yang berbeza. ADAT Peraturan yang lazim diamalkan oleh masyarakat Melayu lama dahulu hingga menjadi cara hidup, maka diangkat menjadi adat. Contoh: Pasang Pelita Menjelang Hari Raya, Adat perkahwinan seperti merisik, meminang, bertunang, Malam Berinai, Adat batu nisan. ADAT-ISTIADAT Adat-istiadat ialah protokol, peraturan, upacara dalam sesuatu majlis. Ia boleh mengubah adat sedia ada, mengikut kesesuaian dan sesuatu tujuan seperti untuk memudahkan membezakan taraf dan pangkat seperti Sultan, pembesar dan rakyat dalam sesuatu majlis. Kedudukan posisi simpul kain, bilangan jinjang, tebal bengkung dan bahagian tanjak juga boleh diubah untuk kegunaan sesuatu majlis. Apa

Ulasan Semua Jenis Buku Destar, Tanjak, Tengkolok Yang ada Dipasaran.

ULASAN SEMUA BUKU BUKU 1 TAJUK BUKU: Destar Warisan Malaysia: Koleksi Terpilih by Wan Yahaya Abdullah P ada mulanya saya amat menghormati dan pandang tinggi terhadap buku ini kerana  Penerbit/Publisher:  JABATAN MUZIUM MALAYSIA. Selalunya apabila baca nama  JABATAN MUZIUM MALAYSIA terus ramai pihak akan pandang tinggi. Lagipun nama Wan Yahaya Abdullah adalah nama besar pada sekitar tahun 2000 dalam bidang tanjak. Saya sendiri pernah berjumpa dan belajar bawah tunjuk ajarnya dulu bersama rakan-rakan saya dari Perlis semasa membuat kajian. Setel ah beberapa kali membaca dan meniliti kandungan buku ini, terus terang saya rasa amat kecewa kerana sedar mempunyai banyak kesilapan besar. Semua kesilapan besar ini telah menjad i rujukan semua pembeli. Kerana banyak persoalan yang bermain dalam fikiran saya ketika itu dan disebabkan saya amat mengenali kemampuan arwah yang sebenar maka saya ada tanya beberapa pihak termasuk mereka dari pihak  JABATAN MUZIUM MALAYSIA sen

Maksud Indera Kayangan

Tahukah Di Perlis tanjak Putera kayangan dan nama negeri Indera Kayangan telah dihapuskan? Cuba baca apa saya tulis dan fahamkan Kota Kayang adalah merupakan Kota Indera Kayangan yang di bina pada zaman pemerintahan Sultan Kedah ke 15 iaitu Sultan Dhiauddin Al-Mukarram Syah I yang memerintah antara tahun 1661-1687. Kota ini dikatakan sebuah kota yang tidak dapat dilihat kerana dilindungi oleh Bukit Papan, Bukit Kubu, Bukit Toh Poh, Bukit Lambung Panah, Bukit Nasi Sebungkus, Bukit Besi Hangit, Bukit Lagi dan Gunung Medan zaman itu. Di sinilah Sultan Kedah ke-15, Sultan Dhiauddin Mukarram Shah membina Kota Indera Kayangan sebagai pusat pemerintahan yang tersembunyi dan hanya boleh dilihat dari tempat tinggi ketika itu kerana ditutupi banyak bukit dan pokok. Disebabkan hanya boleh dilihat dari tempat tinggi maka digelar Kota Indera Kayangan. Kayangan juga bermaksud tempat tinggi. Indera pula bermaksud deria yang boleh kita lihat dan rasa. Sayangnya banyak tokoh agama Perlis dan pa