As-salāmu ʿalaykum
Saya Makin Bersemangat Menyambung Blog Saya Semula Bila Terbaca Statistik
Baru sebentar tadi saya terkejut melihat statistik blog saya yang dikatakan murahan ini mempunyai sambutan yang luar biasa. Tiba-tiba rasa amat bersemangat untuk teruskan. Saya akan segera menulis bila sudah pulih dari sakit.
Harap bersabar yer.
Terima kasih pada mereka semua yang membaca.
Maaf kerana lama tidak menulis dan membiarkan blog ini kosong tanpa tanda tanya. Terasa seperti berdosa pula saya ini.
Empat minggu lalu saya sering sakit teruk dan lemah badan. Mata saya kurang nampak dan pedih. Jari saya bengkak-bengkak. Saya sering ke hospital swasta kerana sakit yang tidak berhenti-henti. Kepala saya sakit macam rasa nak pecah. Saya mula sakit sikit-sikit pada tengah bulan March, kerana saya jenis yang suka abaikan sakit sikit-sikit maka penyakit saya jadi makin melarat. Tetapi hasil rawatan di hospital agak mengecewakan. Saya mula muntah darah dan berdarah hidung. Nak dikatakan panas saya kerja dalam penghawa dingin. Hidup saya 24 jam ada penghawa dingin dari rumah hingga ke pejabat,
Setelah rawatan dari hospital, atas nasihat sahabat di pejabat, minggu lepas saya pergi ke Pusat Rawatan Islam Ehsan, di Taman sena Indah, Kangar Perlis. Saya disahkan terkena santau buatan dari orang Perak. Agak susah saya hendak menerima kenyataan tetapi terpaksa juga saya akui setelah sembuh.
Sekarang saya bersyukur kerana penyakit saya makin pulih dan penglihatan saya makin jelas.
Saya Makin Bersemangat Menyambung Blog Saya Semula Bila Terbaca Statistik
Baru sebentar tadi saya terkejut melihat statistik blog saya yang dikatakan murahan ini mempunyai sambutan yang luar biasa. Tiba-tiba rasa amat bersemangat untuk teruskan. Saya akan segera menulis bila sudah pulih dari sakit.
Harap bersabar yer.
Terima kasih pada mereka semua yang membaca.
Comments
Post a Comment