Skip to main content

Posts

Awas Buat Tanjak Rekaan Baru

Gambar saya jumpa dalam google.   Akibat terlampau asyik dengan tanjak rekaan baru tanpa sedar sudah menyerupai kemaluan perempuan. Sekali saya pandang sudah tahu mesti butik pengantin. Kebanyakan butik pengantin suka jalan pintas untuk cari duit. Nak kata jenis getam sayangnya ade pucuk atau ekor dibelakang. Kalau nak buat rekaan baru pun bagus kalau jaga adab dan maruah Melayu. Jangan sampai simbol atas kepala kelihatan seperti kemaluan perempuan. AWAS DENGAN REKAAN BARU

Tanjak Dari Bendera Malaysia

Bagus memakai tanjak. Cuma ramai yang masih tidak faham agak tidak baik jika membuat tanjak dari bahan bendera Malaysia. Ini kerana memotong kain bendera sahaja sudah membawa maksud menghina sebuah negara. Lebih teruk kalau bendera Malaysia dipotong dan dibuat pakaian. Sepatutnya ibu bapal dan cikgu sekolah yang mendidik anak cara yang betul. 20 PERKARA TENTANG RAHSIA BENDERA NEGARA Agak memalukan juga apabila berlaku beberapa kelalaian tentang bendera negara jiran di sepanjang Sukan SEA anjuran kita ini. Pelbagai kutukan terhadap kita menjadi tular di luar negara. Ada yang mengata seolah-olah kita tidak sensitif tentang bendera, bahkan mengatakan kita tidak peduli tentang bendera negara jiran sendiri. Ada yang menuduh kita sengaja menyindir negara mereka yang kononnya sedang dalam 'distress' apabila diterbalikkan bendera mereka.... Syabas buat YB Menteri Belia dan Sukan Malaysia yang segera memohon ampun atas kesilapan anak buahnya. Apapun mari kita ambil ...

Artis Dengan Ahli Politik Pun Mula Pakai Destar

Perkembangan baik bila artis & ahli politik pakai Destar.  Artis dan ahli politik akan selalu jadi ikutan generasi baru. Cuma pastikan pakai destar dengan betul dan peliharalah warisan Melayu yang asli. Jangan lah pakai rekaan baru. Jangan lah beli di kedai pengantin. Kata Pak Tennas  "pembuat tanjak yang asli hampir pupus, pihak istana dan lembaga adat pula tidak menghargai mereka. Maka peliharalah pembuat tanjak yang asli jika jumpa mereka masih wujud. Penjajah suka menggantikan rekaan baru untuk menghapuskan yang asli supaya Melayu hilang jati diri sesat mencari asal usul." Zaman dahulu penjajah bersusah payah menggantikan yang asli dengan rekaan baru untuk menyesatkan bangsa Melayu supaya terpesong dari mencari asal usul dan jati diri. Zaman sekarang banyak kedai pengantin pula yang menggantikan perjuangan penjajah membuat rekaan baru.

Koleksi Gambar Lama Tanjak

Koleksi gambar Tanjak Bentuk Asli dari sumber dari Mohamed Taib Dilarang kongsi dan copy gambar ini Hak Cipta Terpelihara DESTAR JOHOR / MELAKA/ PERLIS / PERAK / PAHANG TANJAK TEMENGGONG  TANJAK  BALONG AYAM PERAK TANJAK MENYONGSONG ANGIN PAHANG TANJAK MENYUSUR ANGIN ALANG ISKANDAR PERAK TANJAK  PANCUNG TAK BERTANYA PERAK TANJAK AYAM PATAH KEPAK PERAK (Gambar dari bahagian tepi)

Tanjak, Tengkolok, Getam Adalah Tidak Sama Jenis

Jenis Hiasan Kepala Melayu Destar bermaksud perhiasan kepala. Semua jenis perhiasan boleh dipanggil sebagai Destar. Dalam destar  pula mempunyai beberapa jenis perbezaan perhiasan kepala seperti:- Tanjak Getam Tengkolok Cuba lihat gambar dibawah untuk mudah faham perbezaannya. DESTAR Gambar Sumber dari https://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=205869&extra=&ordertype=1&page=1 Destar ialah semua jenis hiasan kepala Destar juga dipakai oleh banyak bangsa selain Melayu TANJAK Tanjak mempunya lubang dibahagian atas Mempunyai simpul.  Tanjak harus dibuat menggunakan kain sapu tangan atau kain 4 segi tepat GETAM Getam bermaksud bekas penutup Bahagian atas Getam menutupi kepala tidak sama seperti tanjak yang terbuka atas TENGKOLOK Tengkolok dipakai oleh perempuan Tengkolok bermaksud kain yang diikat atas kepala Tanjak juga boleh dipanggil tengkolok tetapi tidak semua tengkolo...

Maksud Indera Kayangan

Tahukah Di Perlis tanjak Putera kayangan dan nama negeri Indera Kayangan telah dihapuskan? Cuba baca apa saya tulis dan fahamkan Kota Kayang adalah merupakan Kota Indera Kayangan yang di bina pada zaman pemerintahan Sultan Kedah ke 15 iaitu Sultan Dhiauddin Al-Mukarram Syah I yang memerintah antara tahun 1661-1687. Kota ini dikatakan sebuah kota yang tidak dapat dilihat kerana dilindungi oleh Bukit Papan, Bukit Kubu, Bukit Toh Poh, Bukit Lambung Panah, Bukit Nasi Sebungkus, Bukit Besi Hangit, Bukit Lagi dan Gunung Medan zaman itu. Di sinilah Sultan Kedah ke-15, Sultan Dhiauddin Mukarram Shah membina Kota Indera Kayangan sebagai pusat pemerintahan yang tersembunyi dan hanya boleh dilihat dari tempat tinggi ketika itu kerana ditutupi banyak bukit dan pokok. Disebabkan hanya boleh dilihat dari tempat tinggi maka digelar Kota Indera Kayangan. Kayangan juga bermaksud tempat tinggi. Indera pula bermaksud deria yang boleh kita lihat dan rasa. Sayangnya banyak tokoh agama Perlis da...

Dendam Tak Sudah Bukan Tanjak Negeri Perlis

Dendam Tak Sudah pernah dipakai oleh Tuanku Syed Harun Putra ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail semasa menjadi Yang di-Pertuan Agong III. Ramai yang keliru hingga mengatakan bahawa tanjak Dendam Tak Sudah adalah tanjak negeri Perlis. Sayangnya pihak istana negeri Perlis sendiri tidak tahu perbezaan tanjak sebenar negeri Perlis dan amat menyedihkan tiada pihak yang memegang jawatan dalam istana Perlis berani menegur dan membetulkan kesilapan ini kerana takut dibuang jawatan. Tanjak melambangkan tanah dan daerah Negeri Sembilan. Kalau dipakai oleh pihak istana Perlis, bagaimana jika semua berkumpul setempat dengan pihak istana Negeri Sembilan? Siapa yang akan mewakili identiti pihak istana Perlis? Perlis adalah satu negeri yang lebih tua usianya dari Negeri Sembilan. Antara tanjak sebenar negeri Perlis ialah Putera Kayangan, Thakor Tukang Besi, Awang Gunung, Putera Mambang, Bukit Kubu, Gua Kelam, Bukit Keteri, Pokok Perlis, Merak Dirimba, Sena, Cegat Seriab dan bany...