Skip to main content

Posts

Showing posts from 2020

Tanjak Sultan Pahang Lama

Gambar Sultan Abdullah Al-Mu’tasim Billah Shah ibni Al-Marhum Sultan Ahmad Mua’azzam Shah   Gambar Sekitar tahun 1917-1919 Gambar tanjak ini juga boleh dilihat dalam gambar kulit buku Destar Alam Melayu (Edisi Terhad) berwarna biru. Saya beli buku ini dengan harga RM300 di Perlis, kemudian baru saya tahu harga sebenar cuma RM200. naik CEMUIH, rupanya kena markup RM100. Nasib baik buku tebal berat kualiti tinggi kalau ikut hati rasa macam nak menjerit maki penjual. Bagi pendapat saya buku ni memang patut harga RM300 sebab gambar penuh warna dan kulit tebal.. Saya akan membuat ulasan mengenai buku biru ini tidak lama lagi. Tunggu saya baca beberapa kali dahulu sebelum membuat ulasan.  Kembali kepada tajuk asal TANJAK SULTAN PAHANG LAMA, saya sebenarnya dulu ada pergi majlis Pelancaran Biografi Sukan " Al Sultan Abdullah Raja Sukan Berjiwa Rakyat" di Hotel Shang-Ri La Kuala Lumpur. Ketika itu saya berjumpa dengan beberapa rakan dari Pahang. Mereka juga peminat destar dan keris.

3 Cara Freemanson Menjajah Tanah Melayu

3 Cara Freemanson Menjajah Tanah Melayu Zaman sekarang tidak perlu lagi Freemanson tukar sejarah dan kelirukan asal-usul kerana bangsa sendiri yang akan buat demi duit. Kita lihat apa jadi dengan tanjak dan baju kurung, penuh dipasaran yang merapu-rapu. Janji ada bentuk, Jual Murah, Orang tidak tahu, Mereka pun beli demi memperjuangkan Tanah Melayu. Kita lihat busana Melayu sudah cukup, banyak yang diubah hingga menyebabkan generasi akan datang sudah keliru dengan yang mana satu warisan asli dan rekaan baru yang berkonsep tradisional. Malah lebih teruk apabila benda baru dikatakan lama demi jualan dan mencari duit. Alasan mereka ini ialah Melayu tidak dosa dan tidak haram sebab bukan agama. Ramai peniaga yang tahu kebenaran tetapi mereka suka meyembunyikan maklumat demi melariskan jualan. Sabda Rasulullah saw, من سئل عن علم علمه ثم كتمه ألجم يوم القيامة بلجام من نار Maksudnya : Barangsiapa yang di tanya tentang sesuatu ilmu yang dia ketahui, lalu dia menyembunyikannya, nescaya mulutnya