Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2019

Kisah Penipu Yang Berjaya Jadi Pembuat Tanjak Untuk Sultan Dan Dua Istana

Hari yang sangat letih. Letih tu maksudnya penat. Hari ni ialah hari terakhir di Melaka esok dah nak balik Perlis. Rasa rindu pada anak dan keluarga. Dalam bilik ni duduk seorang jer. Beberapa hari lepas, saya baru habis mesyuarat di Melaka, kemudian terus ke gedong jumpa orang sakit, selepas itu terus jumpa orang di Hang Tuah Center. Kemudian singgah sebentar ke kedai makan terdekat yang jumpa tepi jalan untuk makan sambil menunggu anak penakan dari negeri Sembilan yang sesat jalan.  Sedap makanan di restoran ini. Makanan sini memang sedap. Memang kerkoh habis tulang-tulang. Kerkoh tu bahasa orang Perlis maksudnya gigit. Sampai jer makanan depan mata terus kernyeh. Mentekedarah habis. Semasa di mesyuarat Melaka, saya dengan beberapa orang sempat bersembang mengenai tanjak Melaka dengan seorang guru silat dan juga seorang pembuat tanjak. Tetapi maklumat tanjak Melaka tidak menarik, Ada cerita lain yang lebih menarik. Saya terkejut mendengar cerita mengenai Kisah Penipu Yang Berja