ADAT dan ADAT ISTIADAT. Ramai yang masih keliru mengenai dua perkara ini. Bunyi hampir sama tetapi tidak sama. Saya ambil rujukan terbaik yang pernah saya jumpa sebagai penerangan iaitu dari buku Destar Alam Melayu. PERBEZAAN PENGGUNAAN DALAM ADAT DAN ADAT-ISTIADAT Adat Dan Adat Istiadat adalah perkara yang berbeza. ADAT Peraturan yang lazim diamalkan oleh masyarakat Melayu lama dahulu hingga menjadi cara hidup, maka diangkat menjadi adat. Contoh: Pasang Pelita Menjelang Hari Raya, Adat perkahwinan seperti merisik, meminang, bertunang, Malam Berinai, Adat batu nisan. ADAT-ISTIADAT Adat-istiadat ialah protokol, peraturan, upacara dalam sesuatu majlis. Ia boleh mengubah adat sedia ada, mengikut kesesuaian dan sesuatu tujuan seperti untuk memudahkan membezakan taraf dan pangkat seperti Sultan, pembesar dan rakyat dalam sesuatu majlis. Kedudukan posisi simpul kain, bilangan jinjang, tebal bengkung dan bahagian tanjak juga boleh diubah untuk kegunaan sesuatu majlis. Apa
Himpunan maklumat mengenai Tanjak, Getam, Tengkolok yang lebih dikenali sebagai Destar sebagai bahasa umum yang mewakili semua jenis hiasan kepala. .